Thursday, August 18, 2011

Andai dapat ku undur masa ..

salam ramadhan utk semua. x sangka dah hampir sampai ke penghujung ramadhan. banyak tul dugaan puasa tahun ni. especially bila husband di perantauan. so semua kene uruskan sendiri from A to Z

tapi berlainan sekali sejak 2-3 hari ni. seharian husband x call tanya khabar. and bila call .. x angkat la .. x dapat line la. pelik pulak mcm dah x ingat family. kalau bz sekalipun xkan x mesej langsung

pelik mcm ada something yg disorokkan .. mmg la x baik berburuk sangka. tp tiap kali solat aku berdoa if anything yg dia sorok .. hati ni jadi makin x tenang. hmm x tau la. aku paling x suka kalau dia tipu aku lg. pedih tul hati aku ni bila kene tipu .. especially tipu pasal perempuan. org2 yg senasib ngan aku je dpt memahami perasaan aku

x tau sampai bila aku perlu menderita mcm ni .. and sampai bila aku boleh bersabar. sedih bila memikirkan nasib hidup aku .. selalu terpikir..kenapa la aku salah membuat pilihan. kenapa aku x selidik and amik masa lama utk kenal hati budi before kahwin. tp skrg semuanya dah terlambat .. masa x boleh diundur utk mengubah kisah lalu

sama seperti lagu di bawah ni. tp lagu ni sebenarnya husband aku tujukan utk first love dia. pernah aku ajukan soalan bila dgr lagu ni 'apa yg dia akan lakukan andai masa dpt diundurkan'. jawapannya adalah utk menjadi baby semula. kenapa dia x cakap kalau boleh dia nak perbaiki kesilapan yg dia buat padaku? lupakan segala kisah silam dia sebelum mengahwiniku. dan aku tanyakan lagi adakah dia ingin buat perkara yg sama seperti lirik lagu ni?. tiada jawapan dan cuba utk mengelak. aku pasti jawapannya ialah 'Ya'. malang sekali kerana aku bukanlah pilihannya dr awal lg. aku hanyalah persinggahan sementara. bila dpt memiliki cinta pertamanya semula, aku x bermakna apa2 utk dia .. semoga allah sentiasa memberikan kekuatan dan yg terbaik utk ku suatu hari nanti

Thursday, July 21, 2011

Good news or Bad news

Alhamdulillah .. baru lepas celebrate birthday husband. Hopefully hidup dia lepas ni lebih bermakna dan diberkati. dan yg penting dapat mengubah dirinya kepada yg lebih baik kepada kami anak beranak

Tapi before his birthday dapat pulak news yg x pasti good or bad. Maybe good for him la but not for me and anak2. News nya project dia lepas ni maybe kat penang .. hmm jauh di mata tu tapi entah kitorang dekat di hati dia atau x

Good for him sbb xde sape dah nak kacau dia ..xde dengar riuh rendah anak2. xde kacau dia buat keje. xde dgr aku berleter (tp rasanya aku x pernah berleter .. dia ada la). dan yg merisaukan aku .. dia akan contact ex-girlfren dia balik. mana le tau kan .. lepas case ari tu mmg byk investigation aku buat. dah mcm spy x berbayar ni .. dia ada create byk account ..multiply, wayn, youtube and banyak le lagi. maybe ada gak account2 lain yg aku x tau in case dia guna nick name lain. and kebetulan lak ex-gf dia pun ada the same account. so of course la ada dlm fren list tu

lepas tu baru sedar betapa bodohnye la aku ni. belajar IT tp aku sendiri pun xde nak create account2 ni. sbbnye mmg x guna pun. unless la aku plan nak cari balik ex-bf aku kan. so account2 ni la yg akan menghubungkan kekasih gelapku or kau .. kepada yg berkeinginan la
tp aku insyaallah le idak kan. selagi aku ada agama dan jaga sembahyangku harap2 mende2 dosa ni xkan mendekati ku

di sebabkan husband mmg jenis x menjaga sembahyangnya lah menyebabkan aku takut. takut dia buat balik kesilapan dia tu .. sbb dia mmg x boleh membezakan yg mana baik dan buruk. yg mana isteri and yg mana perempuan jalang

entah la . mesti hati aku x keruan je kalau betul dia keje kat penang. boleh percaya ke idak. x tau le nak cakap. bila sekali tertipu ni mmg susah nak percaya lepas ni. aku harap2 dia masih berpegang kepada janji dia utk melupakan pompuan tu. and kalau la dia buat kesilapan dia semula .. sesungguhnya allah maha mengetahui. bak kata pepatah..sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. so aku cuma berserah kepada allah .. utk memberi ku hint2 kecurangan dia. sebagaimana dia memula tertangkap dulu.. semuanya sbb instinct aku

aku mengharapkan dia tidak menipu aku lg ..dan xde affair dgn sesapa. tp jika berlaku lg .. ini bukan la kesilapan ke-2 tp kesilapan ke-3 dia berkaitan dgn pompuan. so xkan ada peluang lg utk dia .. walau macam mana cara sekali pun . aku akan mencari jalan utk berpisah. buat apa hidup bersama kalau diri terus merana. sbb yg merana adalah aku dan anak2. sedangkan dia sendiri bergembira

Monday, July 11, 2011

Menyedihkan ...

minggu lepas aku balik kampung sbb ada kenduri arwah yg ke 100 hari
memula nak balik ngan anak2 je sabtu pagi .. tetiba husband pun balik sekali
yg pelik dr mlm bertolak dr KL sampai le pagi esoknye .. husband marah x tentu pasal
sedih pun ada gak ..ye la xde buat salah apa2 tp semua serba x kene

aku tanya dia kenapa? apa aku buat? kalau ye pun x suka aku jgn le malukan aku depan family and org kampung
aku dah x larat nak tanggung malu ..sebenarnye mmg tiap kali balik kg dia mcm x suka
bukan hari ni je. tp aku selalu menjadi penyebab semua
bg dia aku la yg cari pasal kalau nak balik kg .. budak2 pun kene marah

end up betul sangkaan ku ..dia x nak balik kg ..alasannye byk keje
kalau mmg x nak balik naper ikut .. alasan dia lg sbb x caya aku bawak keta jalan jauh
dah le kenduri 44 hari pun kitorang x pegi .. xkan kali ni x pegi gak
aku pun x paham la camne pemikiran dia ..kalau dia duduk kl pun aku confirm dia x buat keje
kalau x tido seharian sure jumpa kengkawan kat luar

x tau la sampai bila dia boleh berubah ..nampaknye dia cuma mementingkan diri sendiri je
berbanding org lain. aku dah penat nak jaga hati dia sedangkan dia x jaga hati aku
aku rasa mcm menghitung hari je skrg berapa lama aku akan hidup dgn dia
rasa dah x tahan sgt ..jgn aku sakit jiwa dgn perangai dia dah la
atau pun mmg itu yg dia mahukan so that dia boleh rampas semuanya

Monday, June 13, 2011

Frust gilerr !!!

Last week mmg rasa frust gilerrr lepas baca 1 email ni. Punya le banyak mende aku berkorban utk project ni ..end up org lain yg dapat nama. Aku bersengkang mata sampai 2-3 pagi. Nak jaga anak2 lagi ..tetiba diorang x appreciate aku. Mmg x worth it langsung berkhidmat utk company ni. Dah 6 tahun aku keje kat sini mmg ni la yg paling menyedihkan aku. Dan tetiba aku boleh nangis disebabkan nama aku xde dlm email tu. Maybe for certain people akan cakap 'it just a name'. tp bagi aku itu salah satu cara menunjukkan company appreciate you. Now the game is over. Aku xkan bekerja keras lagi. No more work until 12 am. pegi mampus la. keje rajin2 pun macam haram je.

Memang betul la salah satu statement 'Nur kasih the movie' .. 'kenapa la org2 baik je yg mati dulu' samala ertinya dgn 'kenapa la org2 baik je yg selalu kene aniaya'. xde la nak cakap aku ni baik sangat kan. tp org suruh buat keje aku buat, suruh tolong aku tolong. semua aku buat dgn ikhlas. tp bila bab ganjaran, org yg selalu lepas tangan yg dapat. Mentang2 aku pi project lain diorang boleh buat2 lupa. padahal aku dah siapkan semua. member yg backup aku pun suka lepas tangan. pakai tudung labuh tp attitude hampeh. dia x tau ke ni sumber rezeki dia and anak2 dia? kalau menipu je kejenye halal ke duit gaji yg dia dapat tiap2 bulan tu?

Ish! mmg x tau le nak cakap betapa marah, sedihnya aku ni. kenapa la hidup aku ni selalu teraniaya. suami sendiri pun aniaya aku. bab keje pun org nak aniaya. apa la dosa aku sampai semua org dengki sangat ngan aku. mmg x paham. keje pun dah xde mood sekarang. dah start mencari keje lain and i hope soon ada rezeki utk aku.

Azam aku lepas ni nak kumpul duit banyak2. settle semua hutang especially cc. build own business and beli umah. nanti kalau org sisihkan aku at least ada tempat berteduh utk anak2. skrg ni gaji je besar tp duit entah ke mana. saving pun end up habis gak. mmg x paham. hidup makin lama makin menyusahkan. x tau la apa lg dugaan aku lepas ni.

Monday, May 9, 2011

Hati tak keruan ..

entah kenapa dah beberapa hari ni ..rasa x sedap hati je
rasa x keruan .. selera makan xde ..mimpi yg bukan2 ..
mimpi arwah adik la..mimpi kene tahan polis la
ada bende buruk nak jadi pada aku ke? hmm entahla

dah la x selera makan ..kekadang x boleh tido ..rasa sedih semacam
apa la lg ujian yg aku kene terima ni. jangan la sampai menjejaskan tugas harian ku
rasa dah x tertanggung nak hadapi semua ujian .. dengan keje melambak
adoi tension ..tension .. nak pi bercuti pun x boleh walau sehari pun

kalau le aku lelaki ..boleh je pi cuti mana2 alone..sehari tanpa sesapa pun jadi la
tp kalau dah nama seorang ibu .. sesaat pun for sure teringat anak2
tunggu le diorang dah besar esok ..memasing masuk hostel ..so boleh la aku holiday sorang2
harap2 time tu dah ada own business ..so xyah nak pikir boleh cuti ke x ..ada meeting ke idak arini

hmm berbalik pada rasa x keruan td .. apa la bala yg mendatang ni ye
dah la birthday aku x lama lagi ..jgn dapat bad news yg bukan2 as a birthday present udah le

ya allah ya tuhan ku ..sesungguhnya engkau yg mengetahui segala-galanya
tetapi tabahkan hambamu ini utk mengharungi segala dugaan ...sesungguhnya hambamu ini memerlukan kekuatan utk menghadapi ujianmu

Wednesday, April 20, 2011

Something wrong somewhere ..

lamanya x post something kat blog ni .. these few months mmg bz giler dan memenatkan
tapi tetiba baca news kat metro hari ni .. mcm ada something wrong somewhere

cuba baca article kat bawah ni .. aku ni xde la follow sgt case ni.
tp masa memula case ni happen mmg terpikir kejam giler la laki dia kan ..kalau x suka pun xyah le bunuh
nak kawin lain kawin je la janji lepaskan kita ..bukannya susah pun
kalau dah x suka tp x nak lepaskan tu nama nya nak take advantage kat kita

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Apabilasaksihilang/Article/index_html

tp kesian le arwah sbb xde pembelaan kat dia ..yg pelik sekali naper maid dia tetiba kene tangkap
nak siasat kes ni punya lama .. tp nak tangkap maid dia sbb stay haram kat m'sia ni cepat je
lepas tu kene penjara and hantar balik ke indon .. xkan dlm masa yg singkat semua ni jadi?

mcm ada dalang drp org dalaman je .. x nak bagi saksi ni bg keterangan
and saja je nak pembunuh tu terlepas .. hmmm mmg kesian kat arwah, family and especially anak2 dia
xpela whoever pembunuhnya pun maybe dia terlepas dgn hukuman dunia
tp hukuman akhirat sememang nya pasti .. xde sia yg boleh menghalang ...insyaallahh

tp learn lesson from this case .. kalau le betul pembunuhnya laki dia or girlfren laki dia
yg penting xyah la bunuh2 ni .. sbb byk pihak yg menderita. in this case of course anak2 dia
entah2 anak2 dia kecik je lagi. lgpun kalau membunuh sebijak mana pun kita pasti tertangkap
mcm pepatah melayu 'sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua'

Sunday, April 3, 2011

Dari Allah Kita Datang Kepadanya Kita Kembali

Lama rasanya x menulis blog .. tp minggu lepas adalah hari2 yg menyedihkan
Adik yg kujaga sejak kecil telah kembali ke rahmatullah
Sedih rasanya apatah lagi umurnya pun masih muda .. tp semua ini sudah tertulis
Perjalanan hidupnya di dunia telah pun berakhir ..bilakah agaknya giliran kita?
Dari Allah kita datang dan kepadanya juga lah kita kembali
Semoga rohnya akan dicucuri Allah ..insyaallah

Bermula la hari2 bekerja ku seperti biasa .. tapi aisehmannn ..tetiba xleh access FB musuhku
macam tau2 je aku check perjalanan FB dia .. maybe takut kot tetiba dia ada mention pasal kisah dia ngan suami aku ke? wall, photo and fren list dia pun xleh nampak dah
hmm kalau dah xde apa2 buat apa nak takut betul x? ni mcm main sembunyi2 je
kalau la laki dia tau agaknya dah kene cerai talak 3 kot ..anak2 pun xde sorang pun dia dapat
tp besa la kalau dah cinta tu mmg semua buta ...anak sendiri pun dah x ngaku anak
sanggup tinggalkan anak2 utk semua tercinta ..banyak dah kes camni
xpela kalau allah tu nak tunjuk sembunyi camne pun sure tau jugak
mcm pepatah melayu la 'sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua'

xpela kalau mmg dah suami aku yg dia nak amik je la
org kata perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya perempuan yg jahat utk lelaki yg jahat
so pompuan jalang yg jahat cam dia mmg sepadan le tu ngan suami aku ..
dan aku pula ...
harap2 satu hari nanti akan dpt cinta sejatiku .. suami yg baik dan benar2 mencintaiku
kalau di ikutkan xyah berlaki pun  xpe .. hidup dgn anak2 pun sudah mencukupi
xdela kita pening kepala sgt .. kalau ditakdirkan dpt suami yg sama pattern lg la nyusahkan
masa bercinta mmg semua nampak ok. bila dah kawin baru le nampak kelemahannya
tp terpulang la kita nak terima kelemahan seseorang dgn cuba memperbaikinya atau
mengambil cara mudah dgn pasang lain utk menggembirakan diri sendiri
cara ke-2 ni la yg laki aku pilih which is dia x sedar ke yg diri dia punya banyak kelemahan
tp xde la aku nak cari org lain utk menggembirakan diri sendiri

tp xpela ada ubi ada batas .. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya
begitu juga dgn adikku ..walau pun dia meninggal di usia muda.. pasti semuanya ada hikmah

Thursday, February 24, 2011

Dugaan hidup ..

Rasanya tahun 2011 baru je bermula .. baru nak masuk 3 bulan.
Tapi banyak nye la dugaan hidup ku ini .. semuanya menyedihkan. Biasanya kalau kita sentiasa di uji means Allah tu sayangkan kita .. betul ke? .. harap2 macam tu la

Bila la agaknye keadaan akan pulih sedia kala .. kadang2 rasa nak lari je pi oversea
Bawak anak2 .. keje kat sana. Masyuk jugak kan .. duduk la 5-6 tahun ke kan
Kalau age dah reach 40 or 50 baru balik sini. Maklumla anak pun dah besar and for sure akan ada kehidupan sendiri. lagi pun nak compare negara org ngan negara sendiri .. better la dok tempat kelahiran
bak kata pepatah 'hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri. lebih baik di negara sendiri'

Hidup kita ni mmg sentiasa je diuji especially dgn org yg kita sayang. kebenaran di depan mata tp still nak menafikan. kenapa agaknye camtu? adakah aku yg x bersyukur atau pun dia yg x pernah amik tau.
hmm x tau la .. apa yg perlu? bersabar je la selagi hayat di kandung badan. hanya itu yg kau mampu

Mungkin sbb tu ramai sgt org bunuh diri sekarang. Sbb x mampu nak harungi semua kepahitan hidup ni
And at the same time anak pun dibunuh sbb maybe x nak anak dia hidup susah without dia. So diorang amik jalan senang je dgn membunuh diri. Tapi insyallah aku bukanlah tergolong dlm group ni. Bunuh diri bukanlah jalan terbaik utk semua masalah. Aku harap aku masih mempunyai pegangan dan Allah memberikan ku kekuatan .. Insyaallah

Sesungguhnya semua yg berlaku ni pasti ada hikmahnya. Walaupun tiap2 malam aku menangis memikirkan nasibku dan anak2. Aku berdoa semoga Allah meringankan semua keperitan dan beban hidupku. Setiap hari aku bertanya sampai bilakah aku akan hidup dgn suamiku? Adakah sehingga akhir hayatku? Sekarang pun tgk muka je nak bergaduh. Kalau bukan dia yg start enjin mungkin aku. Anything related to his mistake .. cerita ke..lagu ke..berita kat paper ke.. for sure akan menimbulkan pergaduhan dan sindir menyindir. x taula camne. kalau dia hidup dgn ku hingga ke akhir hayat adakah semua ni akan terjadi hingga aku mati? hmm Kalau la kita boleh tgk masa depan kita. Mungkin kita boleh merancang dan membuat semua preparation.

Tp sekarang pun aku dah persiapkan diriku slowly. Kita x tau apa nasib kita in future. Mana tau terbuang sana sini. So if anything happen aku dan anak2 masih boleh bertahan di dunia ni ..insyaallah

Saturday, February 12, 2011

Unfaithful

Lagu ini ditujukan khas utk isteri2 yg curang kepada suaminya. Especially for that woman yg buat affair with my husband. Hopefully dia akan bertaubat dgn perbuatannya dan meminta maaf pada suaminya. And harap2 perbuatan dia takkan diwarisi oleh seluruh keturunanya. The same advice goes to my husband. Insyaallah ..

http://www.youtube.com/watch?v=7qCWhVf0Kzo&feature=related

Story of my life, searching for the right
But it keeps avoiding me
Sorrow in my soul ?cause it seems that wrong
Really loves my company

He's more than a man and this is more than love
The reason that the sky is blue
But clouds are rolling in because I'm gone again
And to him I just can't be true

And I know that he knows I'm unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Every time I walk out the door
I see him die a little more inside

I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be a murderer

I feel it in the air as I'm doing my hair
Preparing for another date
A kiss up on my cheek, he's here reluctantly
As if I'm gonna be out late

I say I won't be long just hanging with the girls
A lie I didn't have to tell
Because we both know where I'm about to go
And we know it very well

?Cause I know that he knows I'm unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Every time I walk out the door
I see him die a little more inside

I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be a murderer

Our love, his trust
I might as well take a gun
And put it to his head
Get it over with
I don't wanna do this
Anymore, anymore

And I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
And every time I walk out the door
I see him die a little more inside

And I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be a murderer
A murderer, no no no
Yeah

Monday, January 24, 2011

Cinta Pertama

semua org memiliki cinta pertama .. aku juga .. dan suami ku paling beruntung
kerana dialah cinta pertama dan terus menjadi suamiku

tetapi jika kita bukanlah cinta pertamanya .. perlukah dia menyimpan perasaan cintanya pada kekasih lama even lepas berkahwin? bukan kah berdosa namanya ..
mungkin suamiku terlalu jahil utk membezakan yg mana benar yg mana salah baginya selagi dia belum berzina tiada apa yg salah .. sedihnye la bila dgr dia cakap camtu

semua tu dah pun berlalu .. walaupun beribu maaf dia ucapkan kenapa hatiku susah utk terima. walaupun setahun ..belum tentu hatiku ini akan terubat dgn apa yg dia buat padaku. mungkin aku yg terlalu baik .. terlalu setia dan percaya .. terlalu byk berkorban utk dia. so mmg susah aku nak terima semua ni

ya allah berikan ku kekuatan utk hadapi semua ini .. aku cuma memikirkan nasib anak2 ku sahaja
semoga aku tabah menghadapi semua dugaan ini dan suamiku akan berubah menjadi yg lebih baik

insyaallah .. semuanya bergantung pada diri kita sendiri