Thursday, June 20, 2013

Hyper Act - Hanya Aku

Assalamualaikum penghuni dunia ..

Dah lama x post something ..tetiba teringat OST teduhan kasih ...Hanya Aku
Dah lama x tengok sangat drama2 melayu ni sbb nanti emosional pulak

Actually xde la tengok drama ni hari2...kekadang je kalau tertengok kat umah MIL
Jalan cite dia pun lain dr drama2 melayu lain rasanya ...tp x tau la kot ada cite lain yg
pernah ada jln cite camni ...maklumla prefer tgk cerita perang2 je huhuhuhu...

Tapi tetiba lagu dia terngiang2 je kat telinga ni ..astagfirullahalazim...syaitan yg menyanyi2 ni. Cuma lirik kat bawah ni je yg x berkenan sket...mcm related to husband..kalau dia dgr sure suka kan. Sbb mesti before berpisah tu dah berjanji setia .. ish malas nak fikir la ..buat sakit otak je

Apakah mungkin berulang janji setia. Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Anyway enjoy la dgr lagu kat bawah ni ek..x tau la lagu ni ditujukan kat sape..
Tp rasa mcm merindui seseorang je bila dgr. Tp org selalu kata 'kita mmg selalu x dpt apa yg kita nak'. So terima je la seadanya. Mungkin ada hikmah kot satu hari nanti.

Semoga hari ni dan hari2 seterusnya akan dipenuhi dengan rezeki yg melimpah ruah .. Insyaallah

Sunday, April 7, 2013

Hari-hari yang memenatkan

Assalamualaikum ..

Seperti biasa x sempat memanjang nak update blog ni. Maklumla bz dgn anak2. This year bermula la hari2 yg amat memenatkan ..everyday bangun kul 5 sbb anak2 semua sekolah pagi. So kul 6 lebih dah kuar umah ..kalau lambat skit sure keta dah byk kat jalan tu

Balik umah je malam tu dah penat sgt ...kalau ikutkan mata ni mmg nak tido je. Tapi memikirkan byk lg keje nak kene buat. Nak angkat kain la.. gosok baju..prepare baju sekolah utk esok..ish mcm2 la. Dah tu mana ada maid kan ..so semua la from A to Z kene buat. So jgn cuba cari pasal la kan..Kalau dah semua mende kita buat but still nak complaint2 lg mmg kene bambu la..patutnya cuba la memberi kata2 semangat ke kan. Baru la kita as a wife rasa seronok nak buat keje umah

Ni semua style laki yg x reti nak menghargai isterinya. Maybe certain laki rasa keje umah ni senang je kot. Cuba suruh dia buat from A-Z tgk camne .. ni semua nak letak depan mata. baju nak disediakan..stokin, seluar dlm, sapu tgn ..semua dah ready. mmg le tanggungjawab isteri kan ...tp kalau dah semua disediakan depan mata ...x reti2 gak nak hargai mmg saja cari pasal la.

Tapi kadang2 penat badan hilang bila tgk anak2 ..lg2 si kecik tu. Tapi kalau diorang bergaduh ish naik hangin jugak ...rasa2 mcm senang je nak dapat darah tinggi ni ...hihihihih..better pi check kan. Itula bukannye mudah kehidupan lepas kahwin ni..banyak mende nak kene handle..banyak nak kene fikir. Tapi sebenarnye kehidupan berkahwin ni boleh menjadi mudah bila kita hidup berlandaskan islam .Suami sebagai ketua keluarga tau tanggungjawabnya utk membimbing keluarga..isteri..anak2. Kalau ketua keluarga pun x tau asas2 agama islam mmg susah la...tu sbb semua mende isteri nak kene buat

Mungkin kalau boleh patah balik..better xyah kawin kot. Kita pun x tau bakal suami kita tu mcm mana..masa bercinta x semestinya sama dgn lepas kahwin..bila dah duduk sebumbung baru tau isi dan kuku
Walaupun berkahwin tu sunnah rasul..tapi patutnya kita ikut semua amalan rasul selepas kawin baru la rumahtangga bahagia..kadang2 rasa mcm x mampu nak handle semua ni

Tapi entah la..masa je yg akan menentukan

Monday, April 16, 2012

Resah lagi..

Assalamualaikum ..dah lama x menulis sesuatu. so hari ni rasa nak luah something. Kenapa? Sbb aku tgh resah..tgh sedih...

dah dekat 2 bulan dia keje kat new client. and new client yg aku x suka
why? sbb pompuan jalang tu keje at the same client. even not the same places (maybe) tp aku mmg menyampah apa2 je yg berkaitan ngan pompuan tu

and tetiba dia cakap that client try to get permanent position for him. so aku tanya le kalau dapt nak ke..dia jawab depends on what he get. if the offer is good .. he will accept

hmm dia mmg dah tau aku x suka that client and apa saja yg berkaitan ngan pompuan tu. boleh dia x sedar diri lg? lepas aku cakap and perli baru dia tersedar..apsal ek. kau x boleh pk ke? semua mende nak aku sedarkan?

mmg le kalau dah rezeki kat mana2 pun boleh terjumpa. especially kalau nak sgt jumpa mmg xyah tunggu speacial day le kan. plan je kat mana2
tp kenapa nak mendekatkan diri ke arah tu? kalau dah tau bila keje at the same client akan ada possibility terjumpa pompuan tu and cinta berputik kembali..kenapa kena accept? xkan x involve event2 yg sama ..mcm grand dinner ke.. launching apa2 ke

ish kalau dah bengap sgt nak pikir kau blah je la .. mmg tu sebenarnya plan kau kan. nak buat2 terjumpa and continue your affair.. aku dah malas nak pikir. malas nak menyemakkan kepala ..so kalau kau nak accept sangat..kau boleh berambus la!

Tuesday, January 24, 2012

I'm back ...

Assalamualaikum .. lamanya x tulis apa2 kat blog ni
bukan sbb xde sad story ..ada jugak. tp kalau x post kat blog ni means blh bersabar lg la.lgpun bz ngan keje .. bebudak sekolah lg .. maklumla xde maid so semua mende kita yg buat

Agaknye la kan .. kalau ada maid sure ada masa utk org lain. x semestinya utk family maybe nak ngayat laki org pun ada masa. tp x semua la kan. depends la pada diri sendiri. kalau kita ni tau status diri kita insyaallah x menjadi kes2 yg byk meruntuhkan rumahtangga skrg. bukan kes pasal maid. tp kes laki curang..isteri curang. mostly pasal muda2 perkahwinan x restu or pilihan keluarga so terpaksa tinggalkan kekasih. Endup bila masing2 dah ada family sendiri, dah beranak pinak tetiba jumpa balik and nak continue.

Hmm pelik le .. kalau x suka pilihan keluarga naper kahwin. kalau nak jadi anak solehah pun naper xleh jadi isteri solehah sampai curang ngan suami and x boleh lupakan kekasih lama. Lepas tu siap mention in FB 'My kids is everything to me'. Dia x sedar ke anak tu perkongsian dia ngan suami dia. xkan anak sayang tp suami nak pilih laki org. x tau le pulak kalau anak2 dia tu hasil perkongsian dia ngan laki org kan. itu mmg nak kene rejam ngan batu sbb berzina

Hmm tula byk masalah yg melanda institusi keluarga skrg. sampaikan ada isteri yg nak bercerai sbb nak kawin ngan ex-bf. ataupun suami ceraikan isteri sbb nak kawin ngan ex-gf. tp yg aku nampak kes suami ceraikan isteri ni x byk. sbb apa? sbb diorang boleh kawin lebih dr 1. lepas tu dia mesti pilih jln selamat kot2 ex-gf dia 'indah khabar dr rupa' sure la dia still ada isteri pertama utk kepentingan dia especially duit. tu sbb ramai isteri mintak cerai sbb jenis laki yg pentingkan diri sendiri la. Susah nak cari pompuan yg rela bermadu .. kecuali pompuan tu gila harta laki dia ataupun benar2 muslimah

kalau aku pun x nak bermadu .. for sure x boleh adil. yg sorang je utk dicintai (isteri bertuah tu) dan yg lain2 tu tempat utk kepentingan suami la. mmg le suami/isteri/anak tu pinjaman dunia tp selagi hidup didunia la kene jaga kebajikan semuanya mengikut islam. bukannya melayan pompuan yg bukan haknye .. isteri org tu buat apa nak kacau. sedangkan kacau tunangan org pun berdosa apatah lagi isteri org. so suami2 jenis ni perlu mendalami topik batas2 pergaulan isteri dan suami. so that dia x tgk silap isteri je tp sedar diri gak dgn kesilapan sendiri.

apa2 pun setiap ujian tu datangnya drpd Allah dan ada rahmat di sebaliknya. Mungkin ada yg lebih baik utk kita. kalau x disini pun mungkin di Akhirat ..Insyaallah

Thursday, August 18, 2011

Andai dapat ku undur masa ..

salam ramadhan utk semua. x sangka dah hampir sampai ke penghujung ramadhan. banyak tul dugaan puasa tahun ni. especially bila husband di perantauan. so semua kene uruskan sendiri from A to Z

tapi berlainan sekali sejak 2-3 hari ni. seharian husband x call tanya khabar. and bila call .. x angkat la .. x dapat line la. pelik pulak mcm dah x ingat family. kalau bz sekalipun xkan x mesej langsung

pelik mcm ada something yg disorokkan .. mmg la x baik berburuk sangka. tp tiap kali solat aku berdoa if anything yg dia sorok .. hati ni jadi makin x tenang. hmm x tau la. aku paling x suka kalau dia tipu aku lg. pedih tul hati aku ni bila kene tipu .. especially tipu pasal perempuan. org2 yg senasib ngan aku je dpt memahami perasaan aku

x tau sampai bila aku perlu menderita mcm ni .. and sampai bila aku boleh bersabar. sedih bila memikirkan nasib hidup aku .. selalu terpikir..kenapa la aku salah membuat pilihan. kenapa aku x selidik and amik masa lama utk kenal hati budi before kahwin. tp skrg semuanya dah terlambat .. masa x boleh diundur utk mengubah kisah lalu

sama seperti lagu di bawah ni. tp lagu ni sebenarnya husband aku tujukan utk first love dia. pernah aku ajukan soalan bila dgr lagu ni 'apa yg dia akan lakukan andai masa dpt diundurkan'. jawapannya adalah utk menjadi baby semula. kenapa dia x cakap kalau boleh dia nak perbaiki kesilapan yg dia buat padaku? lupakan segala kisah silam dia sebelum mengahwiniku. dan aku tanyakan lagi adakah dia ingin buat perkara yg sama seperti lirik lagu ni?. tiada jawapan dan cuba utk mengelak. aku pasti jawapannya ialah 'Ya'. malang sekali kerana aku bukanlah pilihannya dr awal lg. aku hanyalah persinggahan sementara. bila dpt memiliki cinta pertamanya semula, aku x bermakna apa2 utk dia .. semoga allah sentiasa memberikan kekuatan dan yg terbaik utk ku suatu hari nanti

Thursday, July 21, 2011

Good news or Bad news

Alhamdulillah .. baru lepas celebrate birthday husband. Hopefully hidup dia lepas ni lebih bermakna dan diberkati. dan yg penting dapat mengubah dirinya kepada yg lebih baik kepada kami anak beranak

Tapi before his birthday dapat pulak news yg x pasti good or bad. Maybe good for him la but not for me and anak2. News nya project dia lepas ni maybe kat penang .. hmm jauh di mata tu tapi entah kitorang dekat di hati dia atau x

Good for him sbb xde sape dah nak kacau dia ..xde dengar riuh rendah anak2. xde kacau dia buat keje. xde dgr aku berleter (tp rasanya aku x pernah berleter .. dia ada la). dan yg merisaukan aku .. dia akan contact ex-girlfren dia balik. mana le tau kan .. lepas case ari tu mmg byk investigation aku buat. dah mcm spy x berbayar ni .. dia ada create byk account ..multiply, wayn, youtube and banyak le lagi. maybe ada gak account2 lain yg aku x tau in case dia guna nick name lain. and kebetulan lak ex-gf dia pun ada the same account. so of course la ada dlm fren list tu

lepas tu baru sedar betapa bodohnye la aku ni. belajar IT tp aku sendiri pun xde nak create account2 ni. sbbnye mmg x guna pun. unless la aku plan nak cari balik ex-bf aku kan. so account2 ni la yg akan menghubungkan kekasih gelapku or kau .. kepada yg berkeinginan la
tp aku insyaallah le idak kan. selagi aku ada agama dan jaga sembahyangku harap2 mende2 dosa ni xkan mendekati ku

di sebabkan husband mmg jenis x menjaga sembahyangnya lah menyebabkan aku takut. takut dia buat balik kesilapan dia tu .. sbb dia mmg x boleh membezakan yg mana baik dan buruk. yg mana isteri and yg mana perempuan jalang

entah la . mesti hati aku x keruan je kalau betul dia keje kat penang. boleh percaya ke idak. x tau le nak cakap. bila sekali tertipu ni mmg susah nak percaya lepas ni. aku harap2 dia masih berpegang kepada janji dia utk melupakan pompuan tu. and kalau la dia buat kesilapan dia semula .. sesungguhnya allah maha mengetahui. bak kata pepatah..sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. so aku cuma berserah kepada allah .. utk memberi ku hint2 kecurangan dia. sebagaimana dia memula tertangkap dulu.. semuanya sbb instinct aku

aku mengharapkan dia tidak menipu aku lg ..dan xde affair dgn sesapa. tp jika berlaku lg .. ini bukan la kesilapan ke-2 tp kesilapan ke-3 dia berkaitan dgn pompuan. so xkan ada peluang lg utk dia .. walau macam mana cara sekali pun . aku akan mencari jalan utk berpisah. buat apa hidup bersama kalau diri terus merana. sbb yg merana adalah aku dan anak2. sedangkan dia sendiri bergembira

Monday, July 11, 2011

Menyedihkan ...

minggu lepas aku balik kampung sbb ada kenduri arwah yg ke 100 hari
memula nak balik ngan anak2 je sabtu pagi .. tetiba husband pun balik sekali
yg pelik dr mlm bertolak dr KL sampai le pagi esoknye .. husband marah x tentu pasal
sedih pun ada gak ..ye la xde buat salah apa2 tp semua serba x kene

aku tanya dia kenapa? apa aku buat? kalau ye pun x suka aku jgn le malukan aku depan family and org kampung
aku dah x larat nak tanggung malu ..sebenarnye mmg tiap kali balik kg dia mcm x suka
bukan hari ni je. tp aku selalu menjadi penyebab semua
bg dia aku la yg cari pasal kalau nak balik kg .. budak2 pun kene marah

end up betul sangkaan ku ..dia x nak balik kg ..alasannye byk keje
kalau mmg x nak balik naper ikut .. alasan dia lg sbb x caya aku bawak keta jalan jauh
dah le kenduri 44 hari pun kitorang x pegi .. xkan kali ni x pegi gak
aku pun x paham la camne pemikiran dia ..kalau dia duduk kl pun aku confirm dia x buat keje
kalau x tido seharian sure jumpa kengkawan kat luar

x tau la sampai bila dia boleh berubah ..nampaknye dia cuma mementingkan diri sendiri je
berbanding org lain. aku dah penat nak jaga hati dia sedangkan dia x jaga hati aku
aku rasa mcm menghitung hari je skrg berapa lama aku akan hidup dgn dia
rasa dah x tahan sgt ..jgn aku sakit jiwa dgn perangai dia dah la
atau pun mmg itu yg dia mahukan so that dia boleh rampas semuanya